VIDEO Jenayah Siber
Tuesday, 28 October 2014
5.4 DASAR PRIVASI DAN
DASAR KESELAMATAN ICT
Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi
penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang
mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama
dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih
berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang
memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Maklumat Yang
Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari
laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Apa yang akan Berlaku
jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi
ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman
web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan
pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap
laman web yang dilayari. Pindaan Dasar Sekiranya dasar privasi ini dipinda,
pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini,
anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan
dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
DASAR KESELAMATAN ICT
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan
untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard
keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak
dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan
dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
5.3 Undang-undang Siber
Ringkasan
Malaysia telah melangkah masuk ke
dunia siber melalui dua pendekatan iaitu melalui hard-infrastructure dan soft
infrastructure. Hard infrastructure bermaksud membina infrastructure mewujudkan
kawasan fizikal untuk pembangunan berkaitan dengan ICT termasuk membina
backbone komunikasi yang berkelajuan tinggi. Soft infrastructure bermaksud
mewujudkan undang-undang yang berkaitan berkaitan dengan pembangunan ICT itu.
Secara fizikalnya kawasan yang
diperuntukkan dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC). Di sinilah
tumpuan pembangunan berkaitan dengan ICT dilakukan. Sehingga 19 Jun 2009,
sebanyak 87 buah syarikat antarabangsa yang mendapat status “International
World Class MSC Malaysia Status Companies”. Manakala sehingga 24 Mei 2005,
sebanyak 67 incubators pula mendapat taraf international world Class MSC
Malaysia Status Companies. Selain itu, sebahagian besar institusi pengajian
tinggi awam dan swasta turut turut tersenarai sebagai institusi yang mempunyai
program ICT.
Malaysia telah telah meletakkan
pada asas yang kukuh pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai
permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti
berikut:
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998.
Akta Tandatangan Digital 1997.
Akta Jenayah Komupter 1997.
Akta Teleperubatan 1997.
Secara kolektifnya, undang-undang ini dikenali sebagai
undang-undang siber.
Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998.
Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di
Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam
akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industry komunikasi dan
multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali
Undang-undang Media dan Siber).
Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tiada
tapisan dalam Internet di bawah Seksyen 3(3).
Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas
diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya.
Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan
Komunikasi. (Kini komponen komunikasi di keluarkan dan digabungkan dengan
Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Akta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk
mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga
mengambilalih kuasa pelesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi.
Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini.
Apabila ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kini ia diletakkan
di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beberapa pihak
pernah menyarankan supaya komponen komunikasi diletakkan di bawah Kementerian
Penerangan. Saya sendiri ada menulis dalam Berita Harian mengenai perkara ini
(Jika ia dapat disalin, saya akan pindahkan artikel itu dalam blog ini).
Akta Tandatangan Digital 1997
Akta ini digubal
untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk
penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah untuk melicinkan
dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau
e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi
undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.
Akta Jenayah Komputer 1997.
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang
jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan
komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.
Akta Teleperubatan 1997
Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain
menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak
jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh
pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih
tinggi lagi.
Akta Hak Cipta (Pindaan).
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta
dalam Akta induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan
melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.
5.2 KOD ETIKA
DALAM BERKOMPUTER
Penggunaan
komputer juga perlu mempunyai etika terutamanya penggunaan komputer dalam
rangkaian internet. setiap orang mempunyai tujuan yang berbeza dalam
menggunakan komputer.di sini terdapat 10 etika dalam komputer yang perlu kita ikuti
dan menjadi panduan apabila menggunakan komputer.
1.
Tidak menggunakan komputer untuk merosakkan orang lain.Adalah tidak beretika
jika kita menulis program yang mengawal bom masa, mencuridan memusnahkan
komputer orang lain atau mencapai atau memusnahkan fail orang lain.
2.
Tidak memusnahkan kerja yang melibatkan komputer orang lain.virus komputer
adalah kecil tapi boleh menghancurkan kerja komputer orang lain dengan
memusnahkan fail, memaparkan mesej yang mengganggu ketenteraman pengguna dan
sebagainya. membina atau menyebarkan virus adalah tidak beretika.
3.
Tidak membaca atau membuka fail orang lainmembuka atau membaca mel elektronik
orang lain sama seperti kita tidak menghormati hak orang lain.
4.
Tidak menggunakan komputer untuk mencurimenggunakan komputer dengan tujuan
memindahkan duit daripada akaun syarikat ataubank tanpa hak adalah sama seperti
merompak.
5.
Tidak menggunakan komputer untuk menyebarkan cerita palsuinternet dapat
menyebarkan berita benar dan palsu dengan cepat. menyebarkan cerita palsu di
internet boleh menyebarkan pelbagai kesan buruk seperti huru-hura.
6.
Tidak dibenarkan menyalin perisian yang kita tidak bayarperisian adalah produk
yang melibatkan harta intelek. kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyalin
perisian tanpa membayar usaha melahirkan perisian tersebut.
7.
Tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa mendapat kebenaransistem
yang melibatkan ramai pengguna menggunakan id(login) pengguna dan kata laluan
untuk memastikan keselamatan sistem tersebut. memecah masuk sistem atau aras
yang tidak dibenarkan adalah tidak beretika.
8.
Tidak mengambil hasil kerja orang lainmengambil hasil kerja orang lain tanpa
kebenaran yang sah adalah sama seperti mencetak rompak perisian dan ini juga
termasuk tidak beretika. Hakcipta intelek adalah kepunyaan individu dan ianya
dilindungi dibawah undang-undang hakcipta.
9.
Memikirkan kesan sosial pada program yang kita binaapabila membina sesuatu
program kita harus memikirkan dan mempertimbangkan kesansosial kandungan
program kepada kanak-kanak dan orang lain atau sesuatu kaum.
10.
Menggunakan komputer dengan menunjukkan rasa prihatin dan menghormatiapabila
kita berada di tempat awam dan berkomunikasi dalam komputer kita perlu
menghormati dan berbaik dengan tetamu walaupun kita tidak dapat melihat mereka.
Sunday, 26 October 2014
5.1 Kebaikan dan Keburukan Internet
Kebaikan Internet
1. Maklumat
Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
2. Alat komunikasi
Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing….hanya dengan internet. Di samping itu ianya amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference.
3. Jimatkan Kos dan Masa
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu lagi travel ke merata tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah menjimatkan masa.
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu lagi travel ke merata tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah menjimatkan masa.
4. Berita Terkini
Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.
5. Pengiklanan
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan.
6. Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama/movie secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga permainan games yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan gamers dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru di alam maya.
7. Pendidikan Secara Atas Talian
Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas talian di mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di perolehi secara atas talian.
8. Servis Perkhidmatan
Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa.
Keburukan Internet
1. Ketidaktepatan maklumat
Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut.
2. Virus/Malware/Worm/Trojan
Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus/malware dan sebagainya.Pengguna internet semestinya mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang serangan virus, malware dan sewaktu dengannya. Ini untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut dan data selamat dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita dari serangan tersebut akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Ianya bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer malah akan menganggu performance komputer dan juga network.
3. Bahan-bahan yang tidak bermoral
Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak mereka.
4. Isu Keselamatan
Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university, jabatan-jabatan kerajaan selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam server2 yang menyimpan data-data kita? Server-server yang mudah di hack oleh para hacker boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan di dalam mengakses ke server, network harus lah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
5. Pembaziran masa
Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)

