5.3 Undang-undang Siber
Ringkasan
Malaysia telah melangkah masuk ke
dunia siber melalui dua pendekatan iaitu melalui hard-infrastructure dan soft
infrastructure. Hard infrastructure bermaksud membina infrastructure mewujudkan
kawasan fizikal untuk pembangunan berkaitan dengan ICT termasuk membina
backbone komunikasi yang berkelajuan tinggi. Soft infrastructure bermaksud
mewujudkan undang-undang yang berkaitan berkaitan dengan pembangunan ICT itu.
Secara fizikalnya kawasan yang
diperuntukkan dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC). Di sinilah
tumpuan pembangunan berkaitan dengan ICT dilakukan. Sehingga 19 Jun 2009,
sebanyak 87 buah syarikat antarabangsa yang mendapat status “International
World Class MSC Malaysia Status Companies”. Manakala sehingga 24 Mei 2005,
sebanyak 67 incubators pula mendapat taraf international world Class MSC
Malaysia Status Companies. Selain itu, sebahagian besar institusi pengajian
tinggi awam dan swasta turut turut tersenarai sebagai institusi yang mempunyai
program ICT.
Malaysia telah telah meletakkan
pada asas yang kukuh pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai
permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti
berikut:
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998.
Akta Tandatangan Digital 1997.
Akta Jenayah Komupter 1997.
Akta Teleperubatan 1997.
Secara kolektifnya, undang-undang ini dikenali sebagai
undang-undang siber.
Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998.
Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di
Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam
akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industry komunikasi dan
multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali
Undang-undang Media dan Siber).
Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tiada
tapisan dalam Internet di bawah Seksyen 3(3).
Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas
diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya.
Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan
Komunikasi. (Kini komponen komunikasi di keluarkan dan digabungkan dengan
Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Akta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk
mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga
mengambilalih kuasa pelesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi.
Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini.
Apabila ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kini ia diletakkan
di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beberapa pihak
pernah menyarankan supaya komponen komunikasi diletakkan di bawah Kementerian
Penerangan. Saya sendiri ada menulis dalam Berita Harian mengenai perkara ini
(Jika ia dapat disalin, saya akan pindahkan artikel itu dalam blog ini).
Akta Tandatangan Digital 1997
Akta ini digubal
untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk
penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah untuk melicinkan
dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau
e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi
undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.
Akta Jenayah Komputer 1997.
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang
jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan
komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.
Akta Teleperubatan 1997
Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain
menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak
jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh
pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih
tinggi lagi.
Akta Hak Cipta (Pindaan).
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta
dalam Akta induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan
melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.
No comments:
Post a Comment