Tuesday, 28 October 2014


5.2 KOD ETIKA DALAM BERKOMPUTER

     Penggunaan komputer juga perlu mempunyai etika terutamanya penggunaan komputer dalam rangkaian internet. setiap orang mempunyai tujuan yang berbeza dalam menggunakan komputer.di sini terdapat 10 etika dalam komputer yang perlu kita ikuti dan menjadi panduan apabila menggunakan komputer.

1. Tidak menggunakan komputer untuk merosakkan orang lain.Adalah tidak beretika jika kita menulis program yang mengawal bom masa, mencuridan memusnahkan komputer orang lain atau mencapai atau memusnahkan fail orang lain.

2. Tidak memusnahkan kerja yang melibatkan komputer orang lain.virus komputer adalah kecil tapi boleh menghancurkan kerja komputer orang lain dengan memusnahkan fail, memaparkan mesej yang mengganggu ketenteraman pengguna dan sebagainya. membina atau menyebarkan virus adalah tidak beretika.

3. Tidak membaca atau membuka fail orang lainmembuka atau membaca mel elektronik orang lain sama seperti kita tidak menghormati hak orang lain.

4. Tidak menggunakan komputer untuk mencurimenggunakan komputer dengan tujuan memindahkan duit daripada akaun syarikat ataubank tanpa hak adalah sama seperti merompak.

5. Tidak menggunakan komputer untuk menyebarkan cerita palsuinternet dapat menyebarkan berita benar dan palsu dengan cepat. menyebarkan cerita palsu di internet boleh menyebarkan pelbagai kesan buruk seperti huru-hura.

6. Tidak dibenarkan menyalin perisian yang kita tidak bayarperisian adalah produk yang melibatkan harta intelek. kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyalin perisian tanpa membayar usaha melahirkan perisian tersebut.

7. Tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa mendapat kebenaransistem yang melibatkan ramai pengguna menggunakan id(login) pengguna dan kata laluan untuk memastikan keselamatan sistem tersebut. memecah masuk sistem atau aras yang tidak dibenarkan adalah tidak beretika.

8. Tidak mengambil hasil kerja orang lainmengambil hasil kerja orang lain tanpa kebenaran yang sah adalah sama seperti mencetak rompak perisian dan ini juga termasuk tidak beretika. Hakcipta intelek adalah kepunyaan individu dan ianya dilindungi dibawah undang-undang hakcipta.

9. Memikirkan kesan sosial pada program yang kita binaapabila membina sesuatu program kita harus memikirkan dan mempertimbangkan kesansosial kandungan program kepada kanak-kanak dan orang lain atau sesuatu kaum.


10. Menggunakan komputer dengan menunjukkan rasa prihatin dan menghormatiapabila kita berada di tempat awam dan berkomunikasi dalam komputer kita perlu menghormati dan berbaik dengan tetamu walaupun kita tidak dapat melihat mereka.

No comments:

Post a Comment